[Utama][Aktiviti][Direktori][][Soal Jawab Agama][Tazkirah][Pusat Pengajian]

Sunday 29 November 2009

PENDAFTARAN 2010..

PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG.....HUBUNGI PIHAK PENGURUSAN PASTI BERDEKATAN...

Saturday 28 November 2009

Ihtifal PASTI Nuruliman..


Ucapan perasmian oleh Pengerusi PASTI Kawasan Baling, al Fadhil Ustaz Zulkifli Jusuh...antara lain menyatakan pengharapan beliau agar institusi PASTI terus diperkasakan seiring dengan peredaran zaman. KAFFAH merupakan produk terbaru PASTI yang dapat mendominasikan sistem pendidikan dan pentarbiyahan diperingkat awal perkembangan kanak-kanak. Beliau juga berharap agar kesinambungan kurikulum PASTI amat dititikberatkan oleh waris agar pelajar membesar dengan suasana pembelajaran PASTI walaupun berada diluar kelas PASTI.....(semoga Ustaz Zul terus dengan komitmen menjulang nama PASTI di angkasaraya....selamat berjuang....)

Sebagai penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang disudut kurikulum dan Kokurikulum, sedikit cenderahati dibekalkan. Semoga ianya menjadi satu dorongan dalaman yang terus kekal dalam hati pelajar untuk terus menzahirkan kecemerlangan diri yang tinggi...Jelaslah...PASTI pencetus spiritual kecemerlangan kedalam jiwa pelajar....jom bersama-sama kami menjayakannya....

Ceria bersama rakan...belajar bersama...mengeja...mengira...menulis...melukis...riang gembira...berduka bersama....keakraban mereka menyentuh hati kita.....tanpa perasaan dengki dan dendam.....bahagia bersama...

Pengerusi MGP Negeri Kedah ....Kak Waa (Padang Serai)....memilih-milih tiket cabutan bertuah untuk pengunjung pada hari tersebut...teruskan perjuangan...walaupun jauh beribu batu....demi PASTI sanggup kurenangi 'deh'....sebelah tu...pengacara majlis.

Kehadiran waris amat penting sebagai tanda sokongan...terima kasih para waris yang hadir bersama...

KAFFAH...satu impian bersama

Program KAFFAH merupakan produk terbaru yang lahir dari Unit Kurikulum PASTI Malaysia. Satu bentuk Pengajaran dan Pembelajaran bersifat masteri dengan memberi keutamaan terhadap pencapaian murid tanpa dihadkan jumlah waktu belajarnya dengan keyakinan bahawa setiap individu pasti mencapai potensi diri yang maksimun berdasarkan fenomena celik akal yang pasti dialaminya. Ianya meraikan perbezaan setiap individu dengan alasan bukan semua insan lahir dengan kecemerlangan pemikiran yang setara bahkan individu membesar dengan persekitaran berbeza yang membentuk sikap dan aras keprihatinan seseorang.
Lahirnya KAFFAH atau Kelas Agama Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah adalah respon terbaik terhadap permasalahann yang dihadapi oleh ibubapa dewasa ini bagi mendidik jiwa anak-anak ke arah penghayatan nilai hidup Islam diperingkat awal perkembangan kanak-kanak agar ianya membesar dengan iklim Islam dan serasi dengan jiwanya.
Bagi PASTI Kawasan Baling, program ini akan cuba dirintis oleh beberapa buah PASTI sebagai pencetus kebangkitan ke arah pendidikan berterusan kanak-kanak. Ini penting malahan amat sesuai bagi pihak PASTI untuk menyambung kembali kurikulum PASTI kepada pelajar lepasan PASTI yang menyambung pengajian di sekolah rendah dengan peruntukkan jadual waktu anjal yang ditentukan oleh tenaga pengajarnya.
InsyaAllah...kita amat yakin program ini akan mendapat sambutan dari pihak waris...

Saturday 14 November 2009

Sekitar Konvokesyen PASTI Kaw. Baling 2009


Tetamu yang memenuhi Dewan Masjid Ridhwaniah, Bandar Baling..

Ucapan perasmian oleh Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Baling.

Ucapan oleh Ketua DPP Baling. Ustaz man.

Ucapan Pengerusi PASTI Kaw. Baling, Ust Zul Memali.

Pengacara yang setia...ust Adzha ghazali al Hafiz...

Persembahan murid..berani dan berkeyakinan tinggi...jiwa pelajar PASTI.

Khutbah..menarik, sememangnya buluh boleh dilentur..pelenturnya mesti hebat..

Persembahan nasyid, bertenaga...penuh perasaan..ada waris yang mengalir air mata tanpa sedar..

Bakal menyinari persada muzik dalam arena nasyid kontemporari tanah air...semoga ianya menjadi satu medan dakwah yang tidak hanya terbatas dipentas ceramah semata-mata..

Nur Saadah...batu 7, rambong....bersama ustazahnyeee..selamat berbakti untuk membina generasi al Quran...semoga ALLAH berkati

Ustaz Ashri (penerangan) sedang menyampaikan sijil konvo...serba putih..

Abang Mie...senyum sokmo deh...Pengarah bahagian perbekalan..

Ustaz Nordin Mat Isa, mudir SRIRAM, ajk Kawasan, bekas Pengerusi PASTI Kaw. sedang menyampaikan sijil konvo....terima kasih atas pengorbanan untuk PASTI....

Ajk Kaw, sedang menyampaikan sijil konvo..

Ustaz Helmi Wahab..su dppb, ajk Kaw. menyampaikan sijil kepada pelajar PASTI.

Cikgu Badri Abd Rahman, ajk Kaw. sedang menyampaikan sijil..

Ustaz Zulkifli Jusuh, Pengerusi PASTI Kaw. Baling menyampaikan cenderamata kepada Perasmi.

ajk dppb dan PASTI...Arham, Ustaz Nazdri, Abang Mie, Ismadi,Mat zan,Keerol,Adzha alhafiz,timb.PASTI, Pengerusi PASTI, Ustaz Man Hamid ( KP), Ust Ashri (Penerangan)..terima kasih banyak menjayakan Konvo PASTI Baling.


Para pelajar dan guru PASTI AWADAH...Kuala Merah...cantik dengan seragam hijau pucuk pisang.

Wednesday 11 November 2009

Manisnya berjuang bersama dppbaling


Suk. Penolong SU dan Penerangan....antara peserta yang gagal diperingkat saringan...

KP sedang menunjuk-nunjuk cara terjunan yang menjunam..bendahari nampak berminat mengikuti kelas terjunan yang menjunam tersebut...

Juara yang tidak disangkal lagi...Timb. PASTI...kedua...ict johan...

kepenatan...

berenang dalam air yang agak panas...cabaran jugak...

Suasana di kolam air panas setelah 5 jam menjana idea dalam brainstorming sekreteriat pilihanraya...melepaskan segala strees dalam kolam tu...lepas ni tumpu kerja....apapun, kita tetap berada dalam kepompong ukhwah yang amat kukuh....terima kasih sahabat-sahabat seperjuangan...semoga setiap gerak nadi kita berdenyut bersama denyutan jantung jamaah dan garakan Islam...Takbiiiir...

Sahabat setia dalam setiap Program PASTI






Sahabat dalam DPPB...ketika berlangsungnya brainstorming pada 11 N0v 2009 bermula dari solat maghrib hinggalah sekitar jam 2.30 pagi di Legong Hotspring....Weng, Baling. Meluahkan segala yang terbuku dalam kepala, berhujjah, berhadapan secara bersemuka, bersimpang siur idea, memperinci segala gerak kerja, berdebat...berbahas...namun ikatan ukhwah tetap terpelihara.Alhamdulillah...Allah pelihara kita..

Mesyuarat Guru PASTI Kawasan Baling




Para guru PASTI sedang bermesyuarat bersama Pengerusi PASTI Kaw. Baling bagi melicinkan Majlis Konvokesyen yang akan berlangsung pada 14 Nov. 2009 sementara anak-anak PASTI menduduki peperiksaan.

Peperiksaan Penentuan Pelajar Terbaik Kurikulum 2009 Kawasan Baling





Suasana semasa Peperiksaan Penentuan Pelajar Terbaik Kurikulum PASTI Kawasan Baling 2009, pada 11 November 2009 bertempat di Markas PAS Kawasan Baling. Kelihatan para pelajar PASTI ( terdiri dari 6 dan 5 tahun) seluruh Kawasan Baling sedang khusyuk meneliti soalan-soalan yang terdiri dari 8 matapelajaran yang diajar dalam Sukatan Pelajaran PASTI Malaysia.

Monday 9 November 2009

Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Baling 2009/1430H



Pihak DPP Kaw. Baling, PASTI Kaw. Baling dan MGP Kaw. Baling akan mengadakan Majlis Konvokesyen PASTI Kaw. Baling pada 14 November 2009 bersamaan 26 Zulkaedah 1430H bertempat di Dewan Masjid Ridhwaniah, Pekan Baling, Baling. Kedah. Majlis dijangka bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir sekitar 12.30 tengahari.
Tentatif program pada hari tersebut bermula dengan persembahan anak-anak PASTI dalam beberapa kategori iaitu nasyid dan khutbah dari Nuruliman, bercerita dari Darussalam, sajak dari Raudhatuljannah dan bacaan al Quran dari Raudhatul Syuhada disusuli dengan ucapan Pengerusi PASTI Kaw Baling ( Ustaz Zulkifli Jusuh ), ucapan oleh Ketua DPP Kaw. Baling ( Ustaz Osman Hamid ) dan ucapan Perasmian. Seterusnya penyampaian sijil-sijil dan cenderamata dan sesi bergambar.
Oleh itu, pihak kami menjemput dan mempersilakan seluruh AJK PAS Kawasan, AJK Pemuda Kawasan, AJK Muslimat Kawasan, Semua Pengelola PASTI Cawangan dan semua waris-waris pelajar PASTI untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.

dr: Timb. Pengerusi.

Sunday 8 November 2009

Sekitar lawatan PASTI Nuruliman, Darussalam dan Alwustho ke Taiping

Makan tengahari di Taman Tasik Taiping
emm...pose menarik
perjalanan yang semakin perlahan...
Sedang sibuk mengurus murid...
serba hijau....putih...

foto lawatan

Di Taman Tasik Taiping,
Dihadapan pintu masuk...disiplin di luar tu je...masuk dalam jenuh kepong le.
Dalam pengembaraan...tapi laju sangat jalan...kanak-kanak ni rasa ingin tahu tu kuat...
Sedondon-dondon le waris ni...
Disiplin lagi...maklumle, pangarah ni serius...
Foto

HULURKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN...

SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUK BERSEDEKAH KEPADA JABATAN PASTI DPP BALING SILA LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH:
Nama Penyumbang:
Alamat Email:
Alamat Untuk Dihubungi
No Telefon untuk dihubungi
Adakah anda telah membuat sumbangan/derma? Ya
Tidak
Berapakah jumlah sumbangan/derma yang dihulurkan?
Adakah anda memerlukan pengesahan/resit penerimaan? Ya
Tidak

form mail