[Utama][Aktiviti][Direktori][][Soal Jawab Agama][Tazkirah][Pusat Pengajian]

Saturday 20 March 2010

Pemeran PASTI Kaw. Baling 2010.






PASTI Kaw. Baling melangkah satu tapak kehadapan dengan mengambil inisiatif mengadakan pemeran PASTI Kaw. Baling bersama pemeran DPPB semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung DPPB kali ke 26 yang berlangsung di Dewan Masjid Ridhwaniah, Baling pada 20.3.2010 kelmarin.

Pameran ini berjaya menarik perhatian para perwakilan untuk meletakkan PASTI sebagai agenda utama perbahasan dengan 5 perwakilan mengambil bahagian membahaskan isu-isu berkaitan PASTI antaranya menyentuh tentang prasarana di PASTI yang agak kurang berbanding Pusat Pra Sekolah milik kerajaan pusat, kualiti sukatan pelajaran PASTI, elaun guru PASTI, promosi PASTI, kekurangan pengurusan dan pentadbiran PASTI.

Kesemua isu-isu yang dibahaskan diharapkan dapat meningkatkan lagi pengurusan PASTI dengan lebih berkesan seterusnya meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pentingnya memberi satu sistem pendidikan yang seimbang antara dunia dan akhirat.

Timb 09/11

Thursday 18 March 2010

Tabuk azimat perjuangan...

Salam persahabatan...
Terasa berat memulakan sesuatu yang agak lama terhenti...tapi sepotong ayat dari mesej sahabat seperjuangan petang tadi menyegarkan kembali denyut nadi perjuangan ini... ayat itu adalah..."yang Allah pilih semuanya layak...bukan kita yang mintak..." terima kasih sahabat...nasihat itu terpahat kukuh diingatan tanpa perlu ruang perbahasan lagi...
Iya...kenapa Allah pilih kita memikul amanah perjuangan yang amat berat ini..warisan perjuangan nabi ini...Ana ingin ringkaskan peristiwa medan tabuk..memandangkan jarum jam hampir bersatu menunjuk langit..esok jumaat...rutin diri dengan sujud sajadah di surau al wustho...kalau tak bersama jamaah di pagi jumaat...dema kata kami buat sujud tikar sejadah...bukan sajadah..
Iya...medan Tabuk...dimana Kaab bin Malik, Muraroh bin Rabi' dan Umayyah al Waqifi dihukum oleh Nabi lantaran tidak bersama dengan 30.000 tentera Islam bergerak ke Tabuk...mereka ahli Badar...ulamak melarang kita membahaskan keimanan ahli Badar...tapi kenapa nabi menghukum mereka...kenapa...kenapa 80 yang lain tidak dihukum...kenapa nabi pilih 3 sahabat ini untuk dihukum...kenapa...
3 orang tidak akan menambah kekuatan kepada 30000 orang tentera nabi...lagipun mereka bukan tentera di barisan hadapan...lagipun...tidak berlakupun peperangan dengan Rom timur tersebut...kenapa nabi menghukum mereka...kenapa...
jawapan ada dalam sepotong mesej tadi...Allah tidak memilih kita sekiranya kita tiada kelayakan...bukan kita yang meminta jawatan ini...tapi Allah yang pilih....Allah yang pilih kita....Allah pilih kita mewarisi perjuangan nabi ini....
.....sahabatmu...

HULURKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN...

SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUK BERSEDEKAH KEPADA JABATAN PASTI DPP BALING SILA LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH:
Nama Penyumbang:
Alamat Email:
Alamat Untuk Dihubungi
No Telefon untuk dihubungi
Adakah anda telah membuat sumbangan/derma? Ya
Tidak
Berapakah jumlah sumbangan/derma yang dihulurkan?
Adakah anda memerlukan pengesahan/resit penerimaan? Ya
Tidak

form mail