[Utama][Aktiviti][Direktori][][Soal Jawab Agama][Tazkirah][Pusat Pengajian]

Thursday 29 October 2009

Pasti Al Munir (Kg Kubang Bok)





Pasti Al Munir, caw. Kubang Bok, Kuala ketil. mempunyai jumlah pelajar seramai 21 orang. Dikelolakan oleh saudara Saumi Bin Mat Hussain.

Pasti Darul Ehsan (Kg Sedim)



Pasti Nurul Ehsan, Kg Sedim. Murid seramai 13 orang. Dikelolakan oleh saudara Azarudin b Othman. Sedang dalam pembinaan. Sumbangan amat diharapkan. Hubungi saudara Azarudin di talian 0194512206.

Pasti Badrul Munir (Ulu Tawar)




Pasti Badrul Munir, Kg Ulu Tawar, pelajar seramai 32 orang.Yuran Pasti sebanyak RM20.00 sebulan dan Yuran Qiraati sebanyak RM10.00 sebulan.

Pasti Awadah (Kuala Merah)




Pasti Awadah dalam Caw. Kuala Merah, Kuala Ketil. Dikelolakan oleh Balqis Bt Abu Bakar, mempunyai murid seramai 30 orang dan dua orang guru.

Pasti Nurul Jannah



Pasti Nurul Jannah, Parit Panjang.dibawah kelolaan saudara Fauzi Ariffin. Pelajar seramai 17 orang. Menjadikan Markaz PAS Caw. Parit Panjang sebagai Kelas PASTI.

Pasti Nurul Kawakib (Seri Ketengga)



Pasti Nurul Kawakib, Caw. Seri Ketengga. dikelolakan oleh Saudara Sayuti B Abd Wahab. murid seramai 18 orang.

Pasti Nurul Saadah (Rambung )






Pasti Nurul Saadah, dalam Caw. bt 7, Rambung. dikelolakan oleh Zulkifli Bin Isa, mempunyai pelajar seramai 30 orang. Antara bangunan PASTI yang cantik dalam Kaw. Baling.

Pasti Al Makbud (Carok Bemban)



Pasti al Makbud, terletak dalam caw. Carok Bemban, mempunyai murid seramai 20 orang. Dikelolakan oleh Saudara Abdul Hamid Bin Mat Isa.

Wednesday 28 October 2009

Pasti Al Huda (sg Limau)



Pasti Al Huda, dalam caw. Sungai limau. Dikelolakan oleh Saudara Muhd Busauri Bin Mohamed Daud. Menggunakan markaz sebagai kelas Pasti dengan pelajar seramai 28 orang. @ guru terlibat setiap hari mendidik pelajar agar terus mencapai kegemilangan dunia dan akhirat...semoga ALLAH berkati...

Pasti Darussalam (Sungai Tembak)



Pasti Darussalam terletak dalam Caw. Sungai Tembak, Parit Panjang. dikelolakan oleh Saudara Zulkifli Hj Ramli, mempunyai 23 pelajar dengan 2 orang guru.Yuran bulanan pasti sebanyak RM15.00 dan RM10.00 untuk kelas Qiraati.Semoga terus menabur bakti....

Pasti Darul Aman (Pekan Baling)



Pasti Darul Aman, caw. Pekan Baling. Terletak di Kg Banggol Wan Mat. Dikelolakan oleh Hj Daud Bin Hj Hassan. Menggunakan surau sebagai kelas PASTI. Pelajar seramai 19 orang dengan seorang guru.

Pasti Raudhatuljannah (Kuala Ketil)







Pasti Raudhatuljannah, di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil. Satu-satunya PASTI dalam Kaw. Baling yang terletak dalam taman perumahan. Jumlah pelajar seramai 35 orang dengan 2 orang guru. Yuran bulanan ialah sebanyak RM35.00 dan RM10.00 untuk yuran Qiraati. Dikelolakan oleh Saudara Md Noor Bin Hassan. Terima kasih atas kesungguhan guru PASTI dalam mendidik anak-anak suci pasti ni.

Tuesday 27 October 2009

Pasti Al Wustho ( Mengkuang Tengah)


Pasti al Wustho ni terletak dalam caw. mengkuang mentaling.pelajar tak ramai...16 orang je, cikgu sorang..pengelola dia timbalan Pengerusi PASTI Kaw. Baling.ok...terima kasih.

Pasti Raudhatul Syuhada (Kupang)






Pasti Raudhatul Syuhada, dibawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling, namun dikelolakan oleh Abang Mie ( Suhaimi Mat ) yang juga Bendahari DPPB. Mempunyai 80 pelajar dengan 4 buah kelas dan 4 orang guru. Bersebelahan dengan Sek. Ren. Islam Darul Ulum. Juga memerlukan bantuan dari insan yang prihatin...hubungi Abg Mie di talian 0194244459...selamat menderma.

Pasti Islahiyah Deeniah (Memali)



Pasti Islahiyah Deeniah, dalam caw. Kg Memali dan berada dibawah pengurusan Madrasah Islahiyah Deeniah Kg Memali, dikelolakan oleh Ust. Zulkifli Jusoh yang juga sebagai Pengerusi PASTI Kaw. Baling merangkap Naib Ketua Pemuda PAS Kaw. Baling, juga Ahli Lembaga Pengarah PASTI Neg. Kedah dan Pengarah Sektor KAFFAH Negeri Kedah.
Pasti ni ada 34 orang pelajar dengan 2 orang guru, 2 kelas. Kedudukan keewangan samalah sepertimana PASTI dan SRIDU yang lain, amat mengharapkan insan-insan yang prihatin membantu dah menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan pihak pengurusan ke arah memartabatkan ilmu-ilmu mengenal Allah ke dalam dada generasi hari ini...Sama-samalah kita hulurkan bantuan metarial, buah fikiran dan tenaga ke arah memartabatkan Islam....Untuk sumbangan. hubungi u. zul d talian 0195789248.

Pasti Dzilalul Akhyar (Tembak B)



Pasti Dzilalul Akhyar, terletak dalam Caw. Tembak B. Dikelolakan oleh Ketua Pemuda PAS kaw. Baling sekarang ni iaitu Ustaz Osman b Abd Hamid yang juga merupakan tenaga pengajar di Madrasah Nurul Hidayah. Pelajar seramai 30 orang dengan 2 orang guru pasti. Terdapat juga kelas KAFFAH dan Qiraati yang diajar selain dari menggunakan sukatan Pelajaran Pasti Pusat. Pembangunan Pasti ini seiring dengan pembangunan Madrasah Nurul Hidayah yang giat dilaksanakan buat masa kini. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Hubungi Ustaz Osman di talian 0194811947 untuk sebarang maklumat berkenaan.

Pasti Darul Hijrah (Siong)





Pasti Darul Hijrah, terletak di Caw. Darul Hijrah (dulunya Telok Temelah). Dikelolakan oleh Ustaz Mahmud B Hj Yaakob yang juga merupakan mantan Ketua Pemuda PAS Kaw. Baling.mempunyai murid seramai 52 orang yang dibahagikan kepada 3 kelas. Di bawah pengurusan yang sama, di tapak pembangunan yang sama ,ditubuhkan SRIDAH (Sekolah Rendah Islam Darul Hijrah) yang sedang giat dibina dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM480.000.00. Sebarang sumbangan bolehlah dimasukkan ke dalam akaun Bank (BIMB) atas nama Sekolah Rendah Darul Hijrah. No Akaun:02048020370420. Sebarang pertanyaan bolehlah ubungi Ustaz Mahmud di talian 0194737096.

Pasti Nurul Iman (Banggol Berangan)





PASTI Nurul Iman, terletak dalam Cawangan Banggol Berangan, Parit Panjang. Dibawah pengelolaan Ustaz Nordin Hj Mad Isa yang juga merupakan Guru Besar Sekolah Rendah Islam Raudhatul Muslimin, Sg Kembal, Kuala Ketil. Antara PASTI tertua dalam daerah Baling. Buat masa kini, jumlah pelajar yang menerima ilmu setiap hari seramai 46 orang dari 4,5 dan 6 tahun. Mempunyai 3 orang tenaga pengajar antaranya Pengerusi MGP Baling sendiri. Kelas bermula jam 8.00 pagi hinggalah 12.30 tengahari. Yuran bulanan sebanyak RM15.00 sebulan bagi setiap murid menjadi sumber pendapatan bagi menyara elaun bulanan guru sekitar RM300.00-RM200.00 sebulan. Pihak Pangurusan PASTI Kaw. Baling amat berharap sekiranya ada individu-individu yang bermurah hati untuk menghulurkan derma bagi memperkasakan lagi sistem pendidikan PASTI agar ianya bertaraf dunia.....hingga ke akhirat.

HULURKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN...

SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUK BERSEDEKAH KEPADA JABATAN PASTI DPP BALING SILA LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH:
Nama Penyumbang:
Alamat Email:
Alamat Untuk Dihubungi
No Telefon untuk dihubungi
Adakah anda telah membuat sumbangan/derma? Ya
Tidak
Berapakah jumlah sumbangan/derma yang dihulurkan?
Adakah anda memerlukan pengesahan/resit penerimaan? Ya
Tidak

form mail