PASTI Nurul Iman, terletak dalam Cawangan Banggol Berangan, Parit Panjang. Dibawah pengelolaan Ustaz Nordin Hj Mad Isa yang juga merupakan Guru Besar Sekolah Rendah Islam Raudhatul Muslimin, Sg Kembal, Kuala Ketil. Antara PASTI tertua dalam daerah Baling. Buat masa kini, jumlah pelajar yang menerima ilmu setiap hari seramai 46 orang dari 4,5 dan 6 tahun. Mempunyai 3 orang tenaga pengajar antaranya Pengerusi MGP Baling sendiri. Kelas bermula jam 8.00 pagi hinggalah 12.30 tengahari. Yuran bulanan sebanyak RM15.00 sebulan bagi setiap murid menjadi sumber pendapatan bagi menyara elaun bulanan guru sekitar RM300.00-RM200.00 sebulan. Pihak Pangurusan PASTI Kaw. Baling amat berharap sekiranya ada individu-individu yang bermurah hati untuk menghulurkan derma bagi memperkasakan lagi sistem pendidikan PASTI agar ianya bertaraf dunia.....hingga ke akhirat.
No comments:
Post a Comment