[Utama][Aktiviti][Direktori][][Soal Jawab Agama][Tazkirah][Pusat Pengajian]

Sunday 27 December 2009

jalinan ukhwah sebagai teras lonjakkan paradigma sesebuah organisasi

Membicarakan persoalan jamaah, ianya tidak dapat dipisahkan dengan isu-isu berkaitan organisasi. Tiada satu pun jamaah atas muka bumi ini bergerak tanpa organisasi, oleh itu, sewarak dan sealim manapun kita dalam jamaah, persoalan berkaitan organisasi perlu difikirkan dan dikupas dengan sejelasnya agar berlaku satu lonjakan paradigma dalam kotak pemikiran setiap individu yang menganggotai sesebuah organisasi.

Menjauhkan diri dari membicarakan persoalan berkisar tentang kepincangan sesebuah organisasi tidak menjadikan kita dipandang warak dan alim oleh sahabat yang lain malah seringkali menjadikan kita teramat lemah untuk melontarkan idea bernas dalam setiap sesi perbahasan seterusnya menambah tebalkan lagi rasa rendah diri (infreority complexs) yang sememangnya wujud dalam setiap diri individu.

Kepincangan dan ketidak adilan organisasi perlu sentiasa diberi perhatian melalui proses apungan ( float procesing) dimana setiap ahli perlu sentiasa bersedia untuk menerima teguran dan bersedia pula untuk melakukan perubahan. Begitu juga setiap kepimpinan perlu pula sentiasa berani membuat teguran terbuka dan perlu sentiasa bersedia menerima natijahnya. Seandainya ketidak adilan organisasi tidak mampu dijustifikasikan atau tidak diuruskan dengan sempurna dan terarah, ianya akan mewujudkan barah-barah baru dalam jamaah, krisis keyakinan akan timbul, rasa tidak puas hati yang terpendam amat membahayakan jiwa ahli mahupun ukhwah jamaah. Ikatan ukhwah makin mengendur dan semangat kerjasama tidak lagi menjadi slogan penting bagi sesebuah organisasi yang semakin menuju jalan kehancuran itu.

Oleh itu, segala persoalan dan isu yang berkaitan ketidak adilan organisasi perlu dipandang serius dan diberi ruang perbahasan yang luas agar segalanya dapat dilontarkan secara tegas dan dibalas secara berhemah tanpa sebarang prejudis..

....Timb.

Friday 11 December 2009

مهارة التعليم

ومن المهارت الأساسية في تدريب المعلمين في التعليم هي.....
1-مهارات الاثارة والتشويق
2-مهارات الأسئلة والاجابات
3-مهارات استخدام تقنيات التعليم
4-مهارات الحراكة
5-مهارات التعزيز
6-مهارات التنظيم والتوزيع

Thursday 10 December 2009

jommm ke PASTI

Pengenalan...

Tunjang Pendidikan Islam adalah untuk melahirkan insan bertakwa, seimbang dan bersepadu berpaksikan kepada kepatuhan dan ketaatan kepada Tuhan yang kemudiannya dapat memberi sumbangan kepada pembangunan insan, keluarga, masyarakat dan negara.

Sistem pendidikan berkesan harus berupaya melahirkan anak didik yang taat kepada Pencipta, berilmu, berakhlak serta kreatif dalam tindakan dan kritis dalam pemikiran.

Sejajar dengan matlamat itu, PASTI Kawasan Baling yang beroperasi sekitar dua dekad yang lalu mengambil bahagian bagi menawarkan kepada masyarakat satu pakej pendidikan yang menarik dan terbaik sebagai asas permulaan dunia pendidikan ketauhidan anak-anak.

Pilihlah PASTI untuk anak-anak saudara/saudari yang melangkah umur 4,5 dan 6 tahun.

Thursday 3 December 2009

Kem Tahfiz oleh AJK PASTI Kaw. Baling.


Kem Tahfiz & Tilawah al Quran yang dikelolakan oleh Ustaz Azhar Ghazali Al Hafiz (AJK PASTI Kaw. Baling) ini terbuka kepada kanak-kanak dari 10 hingga 20 tahun bagi lelaki dan perempuan berumur 9 hingga 13 tahun bermula pada 3 hingga 8 hb 12.2009 bertempat di Teratak Ilmu Hj Majid, Kg Guar Tinggi, Jalan Kuala Ketil ke Parit Panjang dengan bayaran sebanyak RM80 termasuk penginapan dan tanpa penginapan RM35 sahaja.
Sumbangan dari hamba-hamba Allah yang ingin turut serta menyumbang menjayakan program ini amat-amat diharapkan. Segala bentuk sumbangan bolehlah berurusan terus dengan pengarah program Ustaz Azhar Ghazali al Hafiz sendiri di talian 0194955800/0135190467...selamat menderma...

Suasana didalam dewan utama yang amat simple dan bersesuaian untuk pengajaran berbentuk hafazan dimana suasana redup dan terbuka membantu penghafazan murid berada dalam suasana kondusif dan terkawal.

Beginilah kawasan teratak hj Majid yang sering menjadi tumpuan majlis-majlis ilmu dan kem-kem pembangunan insan di musim cuti persekolahan..Semoga Ustaz Azhar terus komited terhadap tugas mendekatkan masyarakat dengan al Quran.

Pendaftaran Baru Pelajar PASTI NurulIman, begitu juga dengan PASTI-PASTI lain dalam Kawasan Baling. Minta semua waris menghubungi Pihak Pengurusan PASTI berhampiran berdasarkan banner yang digantuk di PASTI-PASTI tersebut. selamat mendaftar...

Kelas tuition sepanjang cuti persekolahan, salah satu sumbangan PASTI untuk masyarakat setempat...semoga budaya ilmu sepanjang masa ini akan terus berkembang dan berterusan. Jadikan premis PASTI anda digunakan oleh masyarakat saban waktu..

Tuesday 1 December 2009

kenapa PASTI????

PASTI merupakan institusi pendidikan awal kanak-kanak, ianya berkembang secara evolusi, merata kesegenap pelusuk negara, bersaing dengan prasekolah. tadika, tabika, TASKA termasuklah segala macam pusat penjagaan kanak-kanak prasekolah yang diusahakan oleh pihak persendirian dan swasta, namun jumlah pelajar yang mendapat didikan di PASTI tetap meningkat saban tahun hingga mencecah 63.560 pelajar diseluruh Malaysia. Bagi negeri Kedah, jumlah premis PASTI sebanyak 271 buah dengan guru seramai 530 orang dan pelajar seramai 8892 orang. Bagi kawasan Baling, jumlah PASTI sebanyak 19 buah dengan guru seramai 35 orang dan pelajar seramai 582 orang. (angka ini mungkin berubah mengikut perkembangan terkini)
Perkembangan dari segi penambahan premis dan pertambahan pelajar jelas membuktikan satu kenyataan iaitu pendidikan awal kanak-kanak amat penting dititik beratkan bagi merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak disamping perkembangan afektif dan pertumbuhan psikomotor kanak-kanak. Dewasa kini, pihak waris semakin memberi kepercayaan terhadap satu sistem pendidikan yang disepadukan dengan proses tarbiyah yang berterusan dan bermula di awal peringkat perkembangan kanak-kanak hingga ianya diharapkan dapat menjadi satu budaya hidup dan amalan berterusan hinggalah kanak-kanak itu meningkat dewasa.
Kami dipihak PASTI, menawarkan pakej bersepadu ini kepada semua para waris diluar sana untuk bersama menikmati dunia pendidikan yang berbeza dan terkehadapan ini dengan sukatan pelajaran kami yang seimbang antara kemajuan duniawi dengan bekal yang abadi di akhirat....
Marilah bersama-sama kami.....

HULURKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN...

SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUK BERSEDEKAH KEPADA JABATAN PASTI DPP BALING SILA LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH:
Nama Penyumbang:
Alamat Email:
Alamat Untuk Dihubungi
No Telefon untuk dihubungi
Adakah anda telah membuat sumbangan/derma? Ya
Tidak
Berapakah jumlah sumbangan/derma yang dihulurkan?
Adakah anda memerlukan pengesahan/resit penerimaan? Ya
Tidak

form mail