[Utama][Aktiviti][Direktori][][Soal Jawab Agama][Tazkirah][Pusat Pengajian]

Saturday 28 November 2009

Ihtifal PASTI Nuruliman..


Ucapan perasmian oleh Pengerusi PASTI Kawasan Baling, al Fadhil Ustaz Zulkifli Jusuh...antara lain menyatakan pengharapan beliau agar institusi PASTI terus diperkasakan seiring dengan peredaran zaman. KAFFAH merupakan produk terbaru PASTI yang dapat mendominasikan sistem pendidikan dan pentarbiyahan diperingkat awal perkembangan kanak-kanak. Beliau juga berharap agar kesinambungan kurikulum PASTI amat dititikberatkan oleh waris agar pelajar membesar dengan suasana pembelajaran PASTI walaupun berada diluar kelas PASTI.....(semoga Ustaz Zul terus dengan komitmen menjulang nama PASTI di angkasaraya....selamat berjuang....)

Sebagai penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang disudut kurikulum dan Kokurikulum, sedikit cenderahati dibekalkan. Semoga ianya menjadi satu dorongan dalaman yang terus kekal dalam hati pelajar untuk terus menzahirkan kecemerlangan diri yang tinggi...Jelaslah...PASTI pencetus spiritual kecemerlangan kedalam jiwa pelajar....jom bersama-sama kami menjayakannya....

Ceria bersama rakan...belajar bersama...mengeja...mengira...menulis...melukis...riang gembira...berduka bersama....keakraban mereka menyentuh hati kita.....tanpa perasaan dengki dan dendam.....bahagia bersama...

Pengerusi MGP Negeri Kedah ....Kak Waa (Padang Serai)....memilih-milih tiket cabutan bertuah untuk pengunjung pada hari tersebut...teruskan perjuangan...walaupun jauh beribu batu....demi PASTI sanggup kurenangi 'deh'....sebelah tu...pengacara majlis.

Kehadiran waris amat penting sebagai tanda sokongan...terima kasih para waris yang hadir bersama...

No comments:

Post a Comment

HULURKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN...

SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUK BERSEDEKAH KEPADA JABATAN PASTI DPP BALING SILA LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH:
Nama Penyumbang:
Alamat Email:
Alamat Untuk Dihubungi
No Telefon untuk dihubungi
Adakah anda telah membuat sumbangan/derma? Ya
Tidak
Berapakah jumlah sumbangan/derma yang dihulurkan?
Adakah anda memerlukan pengesahan/resit penerimaan? Ya
Tidak

form mail