Sunday, 29 November 2009
Saturday, 28 November 2009
Ihtifal PASTI Nuruliman..
Ucapan perasmian oleh Pengerusi PASTI Kawasan Baling, al Fadhil Ustaz Zulkifli Jusuh...antara lain menyatakan pengharapan beliau agar institusi PASTI terus diperkasakan seiring dengan peredaran zaman. KAFFAH merupakan produk terbaru PASTI yang dapat mendominasikan sistem pendidikan dan pentarbiyahan diperingkat awal perkembangan kanak-kanak. Beliau juga berharap agar kesinambungan kurikulum PASTI amat dititikberatkan oleh waris agar pelajar membesar dengan suasana pembelajaran PASTI walaupun berada diluar kelas PASTI.....(semoga Ustaz Zul terus dengan komitmen menjulang nama PASTI di angkasaraya....selamat berjuang....)
Sebagai penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang disudut kurikulum dan Kokurikulum, sedikit cenderahati dibekalkan. Semoga ianya menjadi satu dorongan dalaman yang terus kekal dalam hati pelajar untuk terus menzahirkan kecemerlangan diri yang tinggi...Jelaslah...PASTI pencetus spiritual kecemerlangan kedalam jiwa pelajar....jom bersama-sama kami menjayakannya....
Ceria bersama rakan...belajar bersama...mengeja...mengira...menulis...melukis...riang gembira...berduka bersama....keakraban mereka menyentuh hati kita.....tanpa perasaan dengki dan dendam.....bahagia bersama...
Pengerusi MGP Negeri Kedah ....Kak Waa (Padang Serai)....memilih-milih tiket cabutan bertuah untuk pengunjung pada hari tersebut...teruskan perjuangan...walaupun jauh beribu batu....demi PASTI sanggup kurenangi 'deh'....sebelah tu...pengacara majlis.
Kehadiran waris amat penting sebagai tanda sokongan...terima kasih para waris yang hadir bersama...
KAFFAH...satu impian bersama
Program KAFFAH merupakan produk terbaru yang lahir dari Unit Kurikulum PASTI Malaysia. Satu bentuk Pengajaran dan Pembelajaran bersifat masteri dengan memberi keutamaan terhadap pencapaian murid tanpa dihadkan jumlah waktu belajarnya dengan keyakinan bahawa setiap individu pasti mencapai potensi diri yang maksimun berdasarkan fenomena celik akal yang pasti dialaminya. Ianya meraikan perbezaan setiap individu dengan alasan bukan semua insan lahir dengan kecemerlangan pemikiran yang setara bahkan individu membesar dengan persekitaran berbeza yang membentuk sikap dan aras keprihatinan seseorang.
Lahirnya KAFFAH atau Kelas Agama Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah adalah respon terbaik terhadap permasalahann yang dihadapi oleh ibubapa dewasa ini bagi mendidik jiwa anak-anak ke arah penghayatan nilai hidup Islam diperingkat awal perkembangan kanak-kanak agar ianya membesar dengan iklim Islam dan serasi dengan jiwanya.
Bagi PASTI Kawasan Baling, program ini akan cuba dirintis oleh beberapa buah PASTI sebagai pencetus kebangkitan ke arah pendidikan berterusan kanak-kanak. Ini penting malahan amat sesuai bagi pihak PASTI untuk menyambung kembali kurikulum PASTI kepada pelajar lepasan PASTI yang menyambung pengajian di sekolah rendah dengan peruntukkan jadual waktu anjal yang ditentukan oleh tenaga pengajarnya.
InsyaAllah...kita amat yakin program ini akan mendapat sambutan dari pihak waris...

Wednesday, 25 November 2009
Saturday, 14 November 2009
Sekitar Konvokesyen PASTI Kaw. Baling 2009
Persembahan murid..berani dan berkeyakinan tinggi...jiwa pelajar PASTI.
Khutbah..menarik, sememangnya buluh boleh dilentur..pelenturnya mesti hebat..
Persembahan nasyid, bertenaga...penuh perasaan..ada waris yang mengalir air mata tanpa sedar..
Bakal menyinari persada muzik dalam arena nasyid kontemporari tanah air...semoga ianya menjadi satu medan dakwah yang tidak hanya terbatas dipentas ceramah semata-mata..
Subscribe to:
Posts (Atom)
HULURKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN...
SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUK BERSEDEKAH KEPADA JABATAN PASTI DPP BALING SILA LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH:
form mail