[Utama][Aktiviti][Direktori][][Soal Jawab Agama][Tazkirah][Pusat Pengajian]

Thursday 14 January 2010

Interaksi organisasi.

salam perjuangan...

Memahami kerangka dan peranan sesebuah organisasi amat penting terutama bagi peneraju sesebuah organisasi. Memahami bagaimana seharusnya sesebuah organisasi yang sihat berperanan bukan sahaja menjelmakan matlamat-matlamat gerakan dalam masyarakat malahan bagaimana peranan setiap anggota organisasi berupaya membentuk toleransi yang sempurna malahan saling melengkapi antara satu sama lain. Memahami peri penting setiap individu terutama yang berada diperingkat pengurusan sesebuah organisasi dalam membina interaksi dan komunikasi pelbagai hala dapat menjadi pengukur kebijaksanaan peranan peneraju utama.

Menyedari kepentingan peneraju dalam penentuan hala tuju organisasi, menyuntik fikrah dan menjana idea idea bernas dan berkesan bagi melonjakkan paradigma seluruh anggota dengan penuh pertangungjawaban, bijak dari pengurusan kemanusiaan hingga ke pengurusan isu yang berlegar, maka perlu disedari bahawa kebanyakan peneraju yang cemerlang didukungi oleh persekitaran yang kondusif samada dari segi sumber kemanusiaan mahupun material lainnya.

Peneraju tidak sepatutnya menganggap diri sebagai sumber rujukan utama menggerakkan organisasi tetapi perlu sentiasa merujuk kepada sumber kekuatan kemanusian yang berada disekelilingnya agar timbul rasa tanggungjawab bersama atau rasa kekitaan yang pastinya akan meningkatkan taraf hubungan bawah ke atas. Tidak sesekali menganggap diri mempunyai kekuatan untuk membentuk kepatuhan bawah ke atas tetapi perlu mempelajari bagaimana memulakan perhubungan yang harmoni, bagaimana mengubati sesebuah perhubungan yang semakin rosak, bagaimana memastikan hubungan sentiasa berada pada paras sempurna dan munasabah, bagaimana melaksanakan arahan arahan asas dalam membentuk kesatuan dari segi fikrah dan semangat berpasukan, kesemua ini penting dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi pimpinannya,

Terutama dalam konteks kerja untuk jamaah, peneraju tidak seharusnya menganggap enteng setiap idea dan buah fikiran, peranan dan keterlibatan, usaha dan keringat setiap ahli dipelbagai peringkat. Perlu disana ada keseimbangan antara pihak perancang dasar dan pihak pelaksana dasar. Mungkin kita lalai dalam memberi penghargaan yang sepatutnya tetapi ingatlah kelalaian itu sebenarnya menggambarkan kelemahan kita menilai seluruh aspek bagaimana peranan sesebuah organisasi.

.....

No comments:

Post a Comment

HULURKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN...

SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUK BERSEDEKAH KEPADA JABATAN PASTI DPP BALING SILA LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH:
Nama Penyumbang:
Alamat Email:
Alamat Untuk Dihubungi
No Telefon untuk dihubungi
Adakah anda telah membuat sumbangan/derma? Ya
Tidak
Berapakah jumlah sumbangan/derma yang dihulurkan?
Adakah anda memerlukan pengesahan/resit penerimaan? Ya
Tidak

form mail