[Utama][Aktiviti][Direktori][][Soal Jawab Agama][Tazkirah][Pusat Pengajian]

Saturday 2 January 2010

Selamat kembali ke PASTI

Kami bagi pihak pengurusan PASTI Kawasan Baling mengucapkan selamat datang kepada para waris yang memberi kepercayaan penuh kepada PASTI untuk menyemai benih-benih aqidah kedalam jiwa anak-anak. Sememangnya benih keimanan itu perlu disemai, dipupuk dan perlu sentiasa dibajai agar berlakunya keseimbangan antara perkembangan psikomotor dan perkembangan kognitif pelajar atau keseimbangan antara aspek jasmani dan rohani.

Kurikulum pendidikan PASTI sememangnya terbukti sebagai satu sistem berasaskan serampang beberapa mata dengan penekanan utamanya iaitu menyemai ruh Islam ke dalam jiwa pelajar agar lahir iklim deeni (keagamaan) dalam setiap perkembangan mental dan fizikal pelajar. Setiap sesuatu yang baru dipelajari oleh pelajar dengan sendirinya dapat diaplikasikan berasaskan fenomena deeni yang telahpun berakar umbi dalam jiwa pelajar.Untuk itu, keutamaan juga diberikan dari aspek penghayatan nilai Islam itu sendiri yang mana setiap pelajar didedahkan dan diprogramkan dengan perlaksanaan secara berterusan serta berjadual agar lahir nilai penghayatan yang tinggi seterusnya mampu menguasai satu lagi aspek perkembangan kanak-kanak iaitu aspek afektif yakni kemahiran berperasaan atau kemahiran mengurus perasaan agar ianya terarah dan berkembang sejajar dengan tuntutan agama.

Kurikulum PASTI juga memberi keutamaan dari aspek objektif jangka pendek iaitu melahirkan pelajar yang cekap membaca, menulis, mengira, menghafaz dan menghayati. Ini jelas mengatasi keutamaan yang diberikan oleh sistem pendidikan pra sekolah lainnya yang hanya memberi tumpuan dari aspek membaca, menulis dan mengira sahaja. Menyegarkan lagi fungsi kurikulum tersebut, maka pihak perancangan kurikulum dan strategik PASTI peringkat pusat melahirkan pula satu bentuk pembacaan mutakhir dan terkini serta berkesan iaitu pembacaan secara kreatif dan kritis. Ini merangsang perkembangan minda pelajar walaupun ketika membaca. Inilah kelebihan pembacaan secara kreatif dan kritis yang kesannya terhadap perkembangan intelektual pelajar lebih menyerlah dari sistem pembacaan biasa yang mana pelajar hanya memahami ayat yang dibaca semata-mata tanpa perlu berfikir tentang sesuatu nilai inovasi dalam tempoh pembacaan tersebut, dalam masa yang sama.

Sebagai buktinya, bidang Ulumul Syar'eeyah memberi penekanan terhadap penghayatan pelajar dalam latihan amali azan, wudhuk, solat dan sebagainya dengan objektif melahirkan pelajar yang mampu menghayati nilai hidup Islam yang sebenar. Begitu juga dengan silibus hafazan hadis dan doa yang mana ianya menjadi rutin harian murid setiap kali sesi bermula. Ini membawa fenomena baru bagi pelajar yang bukan sekadar mengulang-ulang dalam sesi pengajaran semata-mata malahan mereka mampu mengaplikasikan pengetahuan tersebut diluar jadual waktu pusat asuhan iaitu dirumah, dalam kenderaan dan sebagainya.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mengubah paradigma masyarakat agar lebih memberi keutamaan terhadap aspek kerohanian dalam pendidikan anak-anak agar ianya mampu melahirkan masyarakat rabbani yang cintakan kehidupan akhirat lebih daripada cintakan kehidupan dunia

...Timb.

No comments:

Post a Comment

HULURKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN...

SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUK BERSEDEKAH KEPADA JABATAN PASTI DPP BALING SILA LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH:
Nama Penyumbang:
Alamat Email:
Alamat Untuk Dihubungi
No Telefon untuk dihubungi
Adakah anda telah membuat sumbangan/derma? Ya
Tidak
Berapakah jumlah sumbangan/derma yang dihulurkan?
Adakah anda memerlukan pengesahan/resit penerimaan? Ya
Tidak

form mail