[Utama][Aktiviti][Direktori][][Soal Jawab Agama][Tazkirah][Pusat Pengajian]

Saturday 28 November 2009

KAFFAH...satu impian bersama

Program KAFFAH merupakan produk terbaru yang lahir dari Unit Kurikulum PASTI Malaysia. Satu bentuk Pengajaran dan Pembelajaran bersifat masteri dengan memberi keutamaan terhadap pencapaian murid tanpa dihadkan jumlah waktu belajarnya dengan keyakinan bahawa setiap individu pasti mencapai potensi diri yang maksimun berdasarkan fenomena celik akal yang pasti dialaminya. Ianya meraikan perbezaan setiap individu dengan alasan bukan semua insan lahir dengan kecemerlangan pemikiran yang setara bahkan individu membesar dengan persekitaran berbeza yang membentuk sikap dan aras keprihatinan seseorang.
Lahirnya KAFFAH atau Kelas Agama Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah adalah respon terbaik terhadap permasalahann yang dihadapi oleh ibubapa dewasa ini bagi mendidik jiwa anak-anak ke arah penghayatan nilai hidup Islam diperingkat awal perkembangan kanak-kanak agar ianya membesar dengan iklim Islam dan serasi dengan jiwanya.
Bagi PASTI Kawasan Baling, program ini akan cuba dirintis oleh beberapa buah PASTI sebagai pencetus kebangkitan ke arah pendidikan berterusan kanak-kanak. Ini penting malahan amat sesuai bagi pihak PASTI untuk menyambung kembali kurikulum PASTI kepada pelajar lepasan PASTI yang menyambung pengajian di sekolah rendah dengan peruntukkan jadual waktu anjal yang ditentukan oleh tenaga pengajarnya.
InsyaAllah...kita amat yakin program ini akan mendapat sambutan dari pihak waris...

No comments:

Post a Comment

HULURKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN...

SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUK BERSEDEKAH KEPADA JABATAN PASTI DPP BALING SILA LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH:
Nama Penyumbang:
Alamat Email:
Alamat Untuk Dihubungi
No Telefon untuk dihubungi
Adakah anda telah membuat sumbangan/derma? Ya
Tidak
Berapakah jumlah sumbangan/derma yang dihulurkan?
Adakah anda memerlukan pengesahan/resit penerimaan? Ya
Tidak

form mail