[Utama][Aktiviti][Direktori][][Soal Jawab Agama][Tazkirah][Pusat Pengajian]

Thursday 5 November 2009

Renungi...sekadar renungan

Sememangnya teramat tajam dan bisa duri dan ranjau dalam berjamaah....terutamanya berpunca dari lidah yang tak bertulang...melontar kata tanpa sempadan...akhirnya menusuk tembus kejantung sahabat...akhirnya ikatan ukhwah mula longgar....simpulan mulai kendur...masa berlalu...dan tetap berlalu....sahabat semakin menjauh...dan menjauh...jamaah semakin menguncup...dan menguncup....tanpa sedar....lidah kita telah menjadikan sahabat-sahabat yang lain semakin jauh dari jamaah walaupun hati-hati mereka sebenarnya teramat rindukan suasana berjamaah...dilema yang berputar dalam pemikiran mereka amat payah diluahkan....tiada sesiapapun mampu memahaminya...menebal...dan makin menebal...akhirnya mereka pun....MeNyEbAl......jangan salahkan mereka lantaran itu jalan paling selamat untuk dilalui....seandainya kita tiada ketelusan.....jangan sesekali menyalahkan prasangkan orang.......
Tiada gunanya kita mengakui kelemahan demi kelemahan diri...tanpa usaha untuk mengubahnya....

Maka bermula pengajian kita di pagi penghulu segala bagi hari ini akan fasal adab berbicara...

1- Semua pembicaraan haruslah bermaksud untuk kebaikan...Hadis Nabi SAW bermaksud" Barangsiapa yang beriman pada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau lebih baik diam" H.R...Bukhari/Muslim...Disana hanya dua pilihan, cakap benda yang baik atau diam...maka ianya bolehlah dikaitkan dengan sebarang bentuk komunikasi hari ni...melalui blog ke, sms ke, apa-apa ke....termasukle dalam adab berbicara tu....

2- Hindarkan dari banyak berbicara....kerana khuatir membosankan orang yang mendengarnya...sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu wa'il: Adalah Ibnu Mas'ud ra senantiasa mengajari kami setiap hari Khamis...maka berkata seorang lelaki...wahai Abu Abdurrahman...adakah anda mahu mengajari kami setiap hari...maka jawab Ibn Mas'ud...sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Nabi S.A.W dan baginda menjawab khuatir membosankan kami...H.R...Muttafaq alaih...

3-Menghindari perdebatan sengit...Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud "tidaklah sesat sesuatu kaum setelah datangnya hidayah kepada mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat...H.R...Ahmad dan Tirmidzi...

Kesimpulannya, jelas kepada kita bahawa hadis-hadis di atas menjadi asas kepada penyatuan minda dalam berjamaah...kita boleh berbahas...bertelagah...berpecah pendapat...bersimpangsiur idea...semuanya perlu berasaskan hadis-hadis diatas....jangan leka menyusun kata bicara hingga lupa perasaan pendengar...begitu juga dipihak pendengar...jadilah pendengar yang baik agar jamaah tidak rosak...

dari sahabat untuk sahabat.

No comments:

Post a Comment

HULURKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN...

SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUK BERSEDEKAH KEPADA JABATAN PASTI DPP BALING SILA LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH:
Nama Penyumbang:
Alamat Email:
Alamat Untuk Dihubungi
No Telefon untuk dihubungi
Adakah anda telah membuat sumbangan/derma? Ya
Tidak
Berapakah jumlah sumbangan/derma yang dihulurkan?
Adakah anda memerlukan pengesahan/resit penerimaan? Ya
Tidak

form mail