Pihak DPP Kaw. Baling, PASTI Kaw. Baling dan MGP Kaw. Baling akan mengadakan Majlis Konvokesyen PASTI Kaw. Baling pada 14 November 2009 bersamaan 26 Zulkaedah 1430H bertempat di Dewan Masjid Ridhwaniah, Pekan Baling, Baling. Kedah. Majlis dijangka bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir sekitar 12.30 tengahari.
Tentatif program pada hari tersebut bermula dengan persembahan anak-anak PASTI dalam beberapa kategori iaitu nasyid dan khutbah dari Nuruliman, bercerita dari Darussalam, sajak dari Raudhatuljannah dan bacaan al Quran dari Raudhatul Syuhada disusuli dengan ucapan Pengerusi PASTI Kaw Baling ( Ustaz Zulkifli Jusuh ), ucapan oleh Ketua DPP Kaw. Baling ( Ustaz Osman Hamid ) dan ucapan Perasmian. Seterusnya penyampaian sijil-sijil dan cenderamata dan sesi bergambar.
Oleh itu, pihak kami menjemput dan mempersilakan seluruh AJK PAS Kawasan, AJK Pemuda Kawasan, AJK Muslimat Kawasan, Semua Pengelola PASTI Cawangan dan semua waris-waris pelajar PASTI untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.
dr: Timb. Pengerusi.
No comments:
Post a Comment