[Utama][Aktiviti][Direktori][][Soal Jawab Agama][Tazkirah][Pusat Pengajian]

Tuesday 9 February 2010

Amanah Kepimpinan..

Salam persahabatan...

Nabi Muhammad s.a.w. adalah merupakan contoh pemimpin sejati, memang kepimpinan nabi sukar untuk dicontohi sepenuhnya namun setidak-tidaknya kita perlu meletakkan kepimpinan nabi sebagai idola dan ikutan setiap kepimpinan yang wujud hari ini. Kita akui bahawa nabi adalah insan yang dipilih sendiri oleh Allah Taala, tentulah dari kalangan insan yang paling baik akhlaknya, paling cekal hatinya, paling bersopan tingkahnya,paling sempurna ibadahnya, paling wibawa penampilannya, paling penyabar dan paling tajam pemikirannya namun, tidaklah menjadi penghalang yang besar sekiranya pemimpin hari ini juga menghayati sifat-sifat kepimpinan tersebut. Setidak-tidaknya, berusaha ke arah itu..

Dan sifat asasi kepimpinan ialah sama sepertimana sifat wajib bagi Rasul iaitu siddiq yakni benar, amanah yakni amat dipercayai, tabligh yakni menyampaikan yang disuruh dan akhirnya fathonah yakni cerdik.

Maka sudah tentu sifat ini boleh ada pada jiwa-jiwa yang sentiasa mensucikan hatinya dan membersihkan jiwanya dari daki-daki kotoran dunia. Persoalannya, mampukan keempat-empat sifat itu dihayati oleh kepimpinan hari ini. Jawapannya boleh, kerana Allah Taala pasti tidak akan mensesiakan hambanya yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri dan akhlaknya agar selari dengan akhlak yang dituntut oleh Al Quran.

Kepimpinan adalah amanah Allah, dan pemimpin wajib menghayati keempat sifat wajib bagi Rasul itu untuk melepasi tanggungjawab kepimpinannya dan yang lebih penting mampu untuk menjawab dihadapan Rabbuljalil di akhirat nanti. Lantas terlalu berharap agar orang memilih kita sebagai pemimpin adalah kesilapan besar yang pastinya akan disesali di hari akhirat tetapi dalam masa yang sama, memberi sepenuh komitmen dan tanggungjawab memperbaiki kepimpinan sedia ada juga adalah merupakan tuntutan yang juga akan dipersoalkan oleh Allah Taala.

Teringat ana dalam sebuah hadis sahih, nabi s.a.w. pernah bersabda: " mana-mana pemerintah yang memerintah umat Islam, lalu mati dalam keadaan menipu rakyatnya, maka Allah haramkan syurga baginya di akhirat nanti "

Seringnya kita melihat ancaman ini hanya melibatkan kepimpinan tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara tetapi ancaman ini juga sebenarnya adalah untuk kita yang memimpin sesebuah kepimpinan walaupun diperingkat paling rendah, memimpin sebuah keluarga dan rumahtangga, memimpin suatu komuniti masyarakat peringkat kampung, menerajui sesebuah organisasi peringkat kawasan atau memimpin sesebuah pertubuhan yang melibatkan pelbagai peringkat dari bawah hingga ke atas. ( sila betulkan ana sekiranya ana tersilap)

Lantas, janganlah sesekali kita mengkhianati amanah kepimpinan ini, kerana tidak mungkin kita mampu menanggung akibatnya. Namun demikian, setelah kita sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan paling benar dalam tindakan, maka yakinlah bahawa Allah akan memberi kemaafan dan keampunan kepada kita.

Berlaku benarlah dalam setiap percakapan dan perbuatan kita, nescaya Allah akan membangkitkan kita nantinya bersama-sama golongan yang diredhoi Allah.

sahabatmu...

No comments:

Post a Comment

HULURKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN...

SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUK BERSEDEKAH KEPADA JABATAN PASTI DPP BALING SILA LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH:
Nama Penyumbang:
Alamat Email:
Alamat Untuk Dihubungi
No Telefon untuk dihubungi
Adakah anda telah membuat sumbangan/derma? Ya
Tidak
Berapakah jumlah sumbangan/derma yang dihulurkan?
Adakah anda memerlukan pengesahan/resit penerimaan? Ya
Tidak

form mail