[Utama][Aktiviti][Direktori][][Soal Jawab Agama][Tazkirah][Pusat Pengajian]

Sunday 7 February 2010

Kejumudan portfolio

Salam persahabatan...

Tertarik dengan satu istilah yang terpancul keluar dari bibir sahabat iaitu 'kejumudan portfolio', maka terdetik dalam pemikiran...ada perbahasan panjang tentang kalimah tersebut.

Ana melihat begini, bagi menjana kesamarataan pengalaman dan keadilan dari sudut sumbangan tenaga dan idea dikalangan setiap ahli organisasi yang memegang pelbagai portfolio yang berbeza, sudah tentu disana memerlukan satu pemurnian fikrah yang mencerminkan kesepaduan dan keharmonian organisasi itu sendiri.

Dengan kata lainnya, ahli organisasi tidak boleh hanya memandang dan memberi perhatian khusus terhadap portfolio yang diamanahkan untuknya semata-mata tapi perlu menjadi nilai tambah baik kepada portfolio yang dipegang oleh sahabat lainnya dalam sebuah organisasi. Pernah diruangan ini ana menyentuh tentang peranan sesebuah organisasi begerak dalam masyarakat seumpama sebuah team bolasepak, walaupun kita mempunyai posisi atau peranan yang berbeza, tetapi di atas padang, matlamat kita tetap satu iaitu menewaskan pihak lawan. Maka peranan pemain pertahanan dan peranan pemain penyerang adalah saling melengkapi.

Begitu juga dalam berorganisasi, kita tidak boleh menuding jari melihat kelemahan atau kekurangan sesuatu portfolio yang disandang oleh sahabat lain tanpa menjadi suatu elemen penambak baikkan bertujuan memperkasakan organisasi kita sendiri. Begitu juga kita tidak boleh bermegah dan berbangga dengan kekuatan dan kesempurnaan portfolio sendiri hingga langsung tidak memikirkan bagaimana sepatutnya idea dan pemikiran kita dapat membantu portfolio lain dalam mencapai matlamat dengan lebih berkesan dan bermanfaat.

Lantas, bagaimana mengelakkan kejumudan portfolio?

Begini, pertamanya perlu kita menanam satu rasa kekitaan yang tinggi dalam diri sendiri dengan tidak sesekali menghak milikkan sesebuah portfolio yang diamanahkan kepada kita. Ini dapat disemai melalui kekerapan mesyuarat dan usrah yang akan membentuk suatu sikap keterbukaan dan kebersamaan dikalangan anggota organisasi. Keduanya, apabila lahir semangat kekitaan tersebut, semua idea perlu dibahaskan dan dicanai secara kolektif dengan mengambilkira pendapat dan pandangan semua pihak tanpa pengecualian. Ketiganya, setiap ahli perlu menyibukkan diri dengan memberi pandangan-pandangan berbeza yang akan menghasilkan satu keputusan yang lebih tepat dan sempurna tanpa diikat oleh kedominanan sesuatu pandangan atau pendapat, dan akhirnya, satu pemurnian fikrah perlu diagendakan berdasarkan perbezaan-perbezaan pandangan tersebut dengan melihat aspek matlamat sebagai tunjang sesuatu keputusan.

Sekiranya kita mampu untuk mengelakkan kejumudan portfolio ini dari terus mencengkam sesebuah organisasi, maka kita yakin dan percaya, organisasi akan mampu kita lonjakkan pada tahap tertinggi dan berkesan seterusnya mengutuhkan lagi sesebuah gerakan dan jamaah...

No comments:

Post a Comment

HULURKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN...

SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUK BERSEDEKAH KEPADA JABATAN PASTI DPP BALING SILA LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH:
Nama Penyumbang:
Alamat Email:
Alamat Untuk Dihubungi
No Telefon untuk dihubungi
Adakah anda telah membuat sumbangan/derma? Ya
Tidak
Berapakah jumlah sumbangan/derma yang dihulurkan?
Adakah anda memerlukan pengesahan/resit penerimaan? Ya
Tidak

form mail