[Utama][Aktiviti][Direktori][][Soal Jawab Agama][Tazkirah][Pusat Pengajian]

Friday 5 February 2010

Sebagaimana Ilmu diikat dengan catatan...begitu organisasi diikat dengan mesyuarat

Salam persahabatan...

Nadi kepada organisasi tidak terletak pada keutuhan ekonominya, tidak terletak pada kebijakan perancangannya, tidak terletak pada susunan panjang programnya, tidak terletak pada kepetahan perdebatannya, tidak terletak pada senarai panjang jawatankuasanya, tidak terletak pada profile-profile yang dihias cantik....

tetapi, nadi organisasi terletak pada mesyuarat. biar berbukit sumber ekonominya, tanpa mesyuarat mustahil bukit itu mampu diratakan dan kita tidak akan mendapat hasilnya...biar berkajang-kajang perancangannya, tanpa mesyuarat ianya hanya tinggal perancangan...tanpa mampu direalisasikan dalam situasi terkini dan mutakhir masyarakat...biar berjela-jela susunan program sepanjang tahun, tanpa mesyuarat...program berlangsung dengan seribu satu ketempangan tanpa kesempurnaan...tanpa kesinambungan..biar sebagaimana cantik hiasan profilenya...sasaran dan matlamat diluar kertas semakin menjauh dari yang dijangkakan...

Lantas...memandang enteng kepada institusi mesyuarat adalah satu langkah paling tidak bijak dalam mengurus organisasi...selain tempat percambahan idea, pertembungan minda, penjanaan pemikiran, penyatuan fikrah dan penghasilan satu matlamat yang jelas dan terarah, mesyuarat juga berfungsi besar sebagai satu medan mengikat ahli organisasi agar memberi tumpuan yang berkala dan berjadual terhadap matlamat yang disepakati bersama. Sebagaimana kata-kata tuan guru...Ilmu itu adalah buruan...maka mencatat ilmu itu adalah sebagai kandang atau pengikatnya...begitulah dalam berorganisasi, mencari kata putus terbaik dan paling tepat adalah matlamat kita maka medan mesyuaratlah yang menjadi penentunya...dan mesyuarat jugalah yang menjadi pengikat kepada sesebuah organisasi...

lalu...samada kita sebagai peneraju organisasi atau sebahagian dari organisasi, jangan biasakan diri memberi pelbagai alasan untuk tidak menghadiri mesyuarat...atau juga sengaja datang lewat ke tempat mesyuarat hinggakan sahabat-sahabat yang lain terpaksa menunggu lama untuk memulakan sesebuah mesyuarat..

seorang sahabat pernah bertanya....adakah kita dikira berdosa sekiranya gagal merancang masa dengan sempurna hingga lewat tiba dalam mesyuarat sedangkan sahabat yang lain menunggu-nunggu kedatangan kita...cukupkah sekadar kita memberi alasan kesibukan dan sahabat lainnya mengangguk kepala dalam geram...bukankan itu tandanya kita menzalimi sahabat kita....membuang masa sahabat kita...sedang dia juga mempunyai urusan lain yang sama sibuk seperti kita...

Kubalas persoalan itu dengan nada yang agak kontra...berbanggalah kita mempunyai sahabat yang sebegitu, walaupun terlewat masih mampu untuk terus bersama kita...walaupun sibuk masih mampu untuk meneruskan agenda perjuangan bersama kita...walaupun sikap sebegitu menggeramkan kita...kita masih memperolehi pahala dengan terus bersabar dan bersabar...dan sebenarnya itulah jalan untuk mendapatkan pahala tanpa perlu bersusah payah...

akhirnya kami terdiam.. begitulah Allah Taala menciptakan kita...selagimana kita mempunyai akal..pro dan kontra akan sentiasa melingkari kehidupan kita...

renungkanlah wahai sahabat seperjuanganku... sekiranya kita memberi alasan sibuk...maka orang gila lagi sibuk dari kita...mundar mandir tanpa henti dengan kepala penuh dengan masalah yang sampai bilapun tak mampu kita fahami...

lalu...sentiasalah ceriakan wajah dan hati kita untuk terus bermesyuarat dan bermesyuarat....hingga bermesyuarat itu menjadi satu kegilaan baru kita...dan sumber keceriaan wajah dan hati kita...

No comments:

Post a Comment

HULURKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN...

SEKIRANYA ANDA BERHAJAT UNTUK BERSEDEKAH KEPADA JABATAN PASTI DPP BALING SILA LENGKAPKAN BORANG DI BAWAH:
Nama Penyumbang:
Alamat Email:
Alamat Untuk Dihubungi
No Telefon untuk dihubungi
Adakah anda telah membuat sumbangan/derma? Ya
Tidak
Berapakah jumlah sumbangan/derma yang dihulurkan?
Adakah anda memerlukan pengesahan/resit penerimaan? Ya
Tidak

form mail